Keblinger

Keblinger
Assalamualaikum.. Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat Allah Taala

Indahnya sabar

| Wednesday, January 11, 2017
Assalamualaikum.. Bismillah..

Sejujurnya aku bukanlah pelajar cemerlang di sekolah. Habis spm berbekalkan keputusan SPM 5A aku menyambung pengajian di peringkat STPM. Pada awalnya form 6 bukanlah pilihanku. Memang tiada dalam pilihan pun. Waktu itu aku hanya membayangkan matrikulasi atau universiti yang selayaknya untuk aku. Ohh angkuh betul rasa masa itu. Tetapi perancangan Allah lebih mengatasi segala-galanya. Aku gagal untuk ke mana-mana IPTA mahupun matrikulasi. Masa tu rasa down yang teramat sangat kerana hampir keseluruhan rakan sekelas ketika form 5 dapat matrikulasi, asasi dan diploma. Atas semangat yang diberikan oleh keluarga aku gagahkan diri juga menyambung di tingkatan 6. Aku cuba untuk terima kenyataan di sinilah takdir aku. Hari demi hari habis juga pengajianku di tingkatan 6. 

Apabila keputusan penuh STPM dikeluarkan, sekali lagi aku masih dalam golongan "bukan pelajar cemerlang". Masa itu aku tidak terlalu kecewa kerana aku tahu usaha aku yang tak seberapa itu selayaknya dapat keputusan begitu. Terus terang aku cakap keputusan pointer yang hanya 2.67 buat aku rasa cukuplah belajar sampai di tingkatan enam sahaja. Tetapi dalam masa yang sama aku masih memasang angan-angan untuk ke IPTA walaupun aku tahu ia mungkin tidak akan jadi kenyataan. Mak dan abah aku bukanlah seorang yang suka menentukan hala tuju hidup anak-anak. Bagi mereka apa sahaja pilihan anak-anak mereka turutkan sahaja. 

Masa berlalu, apabila keputusan UPU diumumkan seperti yang aku jangka aku tidak dapat menempatkan diri di mana-mana IPTA. Ketika itu aku memang sudah pasrah dan tidak kisah. Tapi jauh di sudut hati aku masih berasa sedih. Tipulah kalau tak sedih kan.. huhu.. Keluarga aku tak pernah salahkan aku kenapa tak berjaya masuk u blablabla.. Bahkan mereka tak putus-putus bagi semangat. Terutamanya abang aku. Dia pernah cakap "sabarlah nanti ada rezeki lain tu. Jangan lupe minta yang second intake". Lepas daripada kegagalan itu aku muhasabah diri. Kenapa aku diuji sebegini. Benda yang aku nak sangat selalu berakhir dengan kegagalan sehinggalah Allah berikan aku hidayahNya. Ya memang sukar untuk diceritakan bagaimana permulaan aku hendak berhijrah kerana Allah. Apa yang pasti selepas kegagalan demi kegagalan aku cuba untuk dekatkan diri dengan Allah. Solat yang sebelum ni tak cukup aku cukupkan. Di situ aku temui kebahagian yang indah sangat. Walaupun kecewa aku redha dengan ketentuan Nya. Disebabkan aku dahagakan sangat ilmu Allah aku nekad untuk menuntut ilmu di sekolah pondok. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh buat keputusan itu. Mak dan abah pada awalnya memang tidak setuju tapi akhirnya mereka memberi keizinan. Sekolah pondok itu jauh dari tempat aku. Ia terletak di Kelantan dan agak popular juga. Sebut sahaja Pondok Pasir Tumboh pasti ramai yang mengenalinya. 

Masa berada di pondok, tok guru ada cakap " kamu beruntung belajar di sini kerana tidak semua mampu datang walaupun mereka memang berniat untuk ke sini kerana Allah hanya izinkan kepada mereka yang terpilih dan kamu adalah insan-insan yang dipilih oleh Allah maka manfaatkanlah ilmu yg kamu perolehi disini sebanyak mungkin". Allah. tersentap betul ke dalam dasar hati. Rasa bersyukur sangat kepada Illahi kerana menempatkan aku disini. Hari demi hari berlalu akhirnya aku tamat juga belajar kerana aku hanya berdaftar sebagai pelajar sementara. 

Selepas keluar dari sekolah pondok, kehidupan aku memang berubah 360 darjah. Baru aku sedar betapa nikmatnya hidup bertuhankan Allah. Aku masih memasang impian untuk menyambung pelajaranku kerana cemburu melihat kejayaan kakak dan abang aku. Sejak itu aku jadikan mereka sebagai idola dan inspirasi aku. Mereka sudah mempunyai segulung ijazah dan telah membuatkan mak abah bangga dengan pencapaian mereka maka disebabkan itu aku tekad mahu ikut jejak langkah mereka . Aku cuba memohon untuk second intake. Sayangnya aku masih gagal juga. Aku tidak berjaya di peringkat temuduga. Tapi panggilan untuk ke temuduga pun sudah cukup buat aku happy. Masa itu aku rasa aku masih berpeluang ke IPTA.. Disebabkan semangat berkobar-kobar aku nak menuntut ilmu akhirnya aku cuba memohon IPTS dan aku berjaya. Beberapa minggu lagi nak daftar hati aku rasa berat sangat. Aku cuba memohon petunjuk Allah. Seminggu aku solat istikharah mohon petunjuk. Akhirnya aku nekad untuk tidak mendaftarkan diri. Ya aku nekad. Aku tidak menyesal sikit pun walaupun aku tahu mungkin aku tidak akan ada peluang lagi untuk sambung pelajaran kerana IPTA sendiri pun tidak menerima aku. 

Setahun menganggur dan bersabar, permohonan ke IPTA dibuka semula. Masa itu aku masih tak berputus asa. Aku memohon lagi walaupun aku tahu berbekalkan pointer hanya cukup-cukup makan ini mungkin tiada harapan dan aku juga tak meletakkan harapan yang tinggi dengan permohonan kali ni disebabkan tahun itu ramai pelajar cemerlang yang mendapat 4flat STPM berbanding tahun aku menyebabkan ramainya pesaing pada tahun itu. Namun aku percaya dan yakin dengan Allah. Dalam sujud tahajjud ku aku memohon Allah berikan aku yang terbaik. Jika aku tiada rezeki untuk sambung pelajaran aku mohon kepada Allah berikan aku pekerjaan yang baik. Hari demi hari aku mohon pada Allah berikan yg terbaik buat diri aku. Ketika keputusan UPU diumumkan aku bukan orang yang excited nak tahu. Kebiasaannya malam sebelum apa-apa keputusan aku mesti tak boleh tidur dengan nyenyak. Tapi entah kenapa malam sebelam keputusan UPU itu aku tidur dengan lena seperti aku sudah redha apa sahaja keputusan yg bakal aku dapat. berjaya atau tidak aku sememangnya sudah redha dan yakin itu yang terbaik buat diriku. Mungkin juga kerana doa-doa aku yang mohon kepada Allah berikan yang terbaik maka aku yakin apa sahaja keputusan aku dapat adalah keputusan dari Allah.

Pada hari kejadian, aku meminta abang aku check keputusan aku guna sms sbb aku tiada kredit masa tu. Lama pulak tu dia nak membalasnya. hahaha. Debaran makin terasa. 2 3 kali aku suruh abang aku sms tapi masih tiada jawapan. Dalam hati aku berkata " mesti tak dapat ni". Sejam kemudian baru dia membalasnya. Masa itu tiba-tiba jantung berdegup kencang menanti keputusan daripada mulut abang aku. yerlah kan buka daripada phone dia ofcourse dia yang akan baca dulu haha.. Abang aku senyap. Lama dia perhati phone dia. Aku tanya lah " Macam mana bang? aku dapat tak?'. Abang aku terus baca kuat-kuat. Ayat pertama dia cakap itu pun aku dah rasa macam nak melompat . " Tahniah anda berjaya blablabla... Tetiba abang aku cakap Unisza. aku pun macam hahh Unisza?? kat mana tu hahah. teruk betul padahal diri sendiri yang mohon boleh tak ingat. Dalam sms tu dia tak bagi nama course dengan penuh dia just letak code kursus je. aku apa lagi terus check code kursus tu. Bila tengok semula baru tahu aku dapat course ijazah sarjana muda antropologi dan dakwah. wow dakwah?? maksudnya kos ni kos islamik jugaklah. Aku memang nak sangat sambung belajar tak kisah apa-apa kos pun tapi Allah beri aku lebih daripada apa aku nak iaitu kos yang ada berkaitan dengan agama . Mungkin Allah mahu aku terus istiqomah dalam menuntut ilmu agama. Allah beri aku satu pakej lengkap iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat dan berpeluang belajar di Universiti Islam yg ketiga iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dimana lahirnya ramai ulama' hebat di sini. Subhanallah, MasyaAllah, Tabarakallah. Alhamdulillah ya Allah. Aku bersyukur pada-Mu. 

Allah ya Allah..Dia bukan hanya memberi apa yang kita mahu bahkan melebihi apa yang kita minta.. Sebagaimana dalam janji-Nya melalui ayat 5 dalam surah ad-Dhuha yg bermaksud :

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha ( berpuas hati).
Aku masih teringat lagi kata-kata abang aku masa aku kecewa dengan kegagalan permohonan ke universiti. Katanya " Sabarlah. semua orang ada rezeki masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja". Subhanallah..

Benar- Indahnya Sabar ! Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. 

p/s : Alhamdulillah sekarang aku berada di tahun kedua pengajian. Ada lagi 2 tahun nak habiskan. Doakan aku berjaya ya. 

0 comments:


 

Copyright © 2010 Syakilla Azis♥